Monday 11 August 2014

PROFIL SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Felda Palong Timur terletak di tiga penjuru buah negeri iaitu Pahang, Johor dan Negeri Sembilan. Ia terletak berhampiran daerah Gemas, Negeri Sembilan. Keluasan Felda Palong Timur ialah 292.44hektar. Kebanyakan penduduk yang tinggal di kawasan ini berasal dari kawasan sekitar Johor dan 100% penduduknya adalah kaum bumiputera iaitu masyarakat Melayu. Pada awalnya nama sekolah dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Palong Timur. Ia mula dibuka pada 1 Ogos 1994 dengan tenaga pengajar seramai 18 orang dengan 253 orang pelajar yang dipindahkan dari Sekolah Menengah Palong 2, Negeri Sembilan. Sebanyak 7 buah kelas telah dibuka untuk menampung 3 buah kelas tingkatan 2 dan 4 buah kelas tingkatan 1. Pengetua pertama sekolah ini ialah Tn. Hj. Ismail bin Werdani yang telah bertungkus lumus bersama -sama para guru dan kakitangan sekolah untuk membangunkan sekolah. Pada awal persekolahan 1995, jumlah pelajar telah meningkat seramai 543 orang dengan tenaga pengajar seramai 25 orang dan 4 orang kakitangan am. Oleh yang demikian, taraf pendidikan penduduk tempatan sapat dicapai bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek.



Tel:06-4668203
Fax:06-4667488





LAGU SEKOLAH

Tajuk: Ilmu Bakti

SEKOLAH MENENGAH PALONG TIMUR
ENGKAULAH OBOR KAMI
BERDIRI MEGAH MENGATUR LANGKAH
ILMU DITIMBA DADA DISISI

DI SINI PUTRA PUTRI DIBINA
ILMU BAKTI DISEMAI
BERSAMA TEKAD DITATAH MUAFAKAT
HARUM DI SERATA DUNIA

WAHAI SEKOLAHKU YANG TERCINTA
BANGUNLAH SEIRING MAJU
NAMAMU MEGAH KUJULANG GAGAH
AGAR KECEMERLANGAN MILIK KITA


LOGO SEKOLAH



Moto     : Ilmu Bakti
Warna   : Kuning, Biru dan Putih
Konsep  : Berkeyakinan dan Berketrampilan
Falsafah : Usaha, Cita-cita dan Doa Membuahkan Kejayaan